Suami Pilihan


Suami Pilihan l Syukran Ustaz Izhar Ariff atas rujukan kitab yang diberikan dalam ulangan Tanyalah Ustaz pagi Isnin 19.08.2013. Setelah puas mencari, akhirnya dapat juga karya2 Prof. Dr. Baltaji (tokoh Ulama Universiti Kaherah. Antara kandungan yg ditulis dalam buku "Fiqh al-Mar'ah" menjelaskan, ada 10 sifat suami yg hebat:

1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dlm solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama. 
3. Suami yang matang. 
4. Bertanggung jawab.
5. Suami yang ‘independent’. Berusaha gigih mencari nafkah untuk keluarga. 
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yg jelas. 
7. Melindungi anak dan isterinya. 
8. Jadilah suami serba boleh. 
9. Boleh membaca al-Quran. Boleh pula menegur isterinya membaca al-Quran. 
10. Disenangi oleh orang di sekelilingnya.

Kepada wanita-wanita di luar sana, carilah calon-calon suami yang mempunyai ciri-ciri seperti ini. Kelak berkat, rahmat dan bahagia rumah tangga kalian. Hidup berumah tangga bukanlah sekadar menunaikan janji-janji yang dibuat sewaktu sebelum berkahwin dahulu. Malah, ia merupakan bermulanya satu kehidupan berpasangan yang dipenuhi pelbagai ranjau dan dugaan. Jika tiada agama, mana mungkin ada juga nur cahaya dalam keluarga. Risiklah dahulu calon-calon suami kalian menerusi rakan-rakan, masyarakat, dan sesiapa sahaja yang kalian percayai. Suami adalah penentu 'Jannah' dunia. Jika solehnya suami, solehlah juga para isteri dan anak-anak. Insyaallah. Jika bakal suami sudah mempunyai ciri-ciri yang digariskan tadi, bersyukurlah kerana dipertemukan Allah swt dengannya.Mungkin itu tanda doa kalian dimakbulkan oleh-Nya.

#Albaiti Jannati. Semoga kalian para wanita mendapat suami yang soleh dan bertanggungjawab kepada keluarga.

Raikan Syawal 1434H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk Semua, 



Raikan Syawal I Di kesempatan Syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H 

Mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kelakuan. Sesungguhnya diri ini amat serba kekurangan dan sentiasa melakukan kesilapan dan sentiasa dalam kealpaan.


Kepada rakan-rakan diperantauan yang akan menyambut hari raya diseluruh pelusok negara, berhati-hati di jalan raya. Jika perlu, pilihlah pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan. Semoga selamat sampai ke destinasi.


Dalam menyambut dan meraikan kemenangan kita dalam melawan nafsu dan segalanya sepanjang Ramadhan, jadikan Syawal penuh keriangan dalam kesyukuran, penuh keberkatan dan ketakwaan agar Syawal kali ini lebih memberi seribu makna.


Sesungguhnya, hati ini sangat sedih meninggalkan Ramadhan. Seolah-olah masih lagi diperingkat awal Ramadhan. Saya bukanlah insan yang baik, cuma saya takut, saya tidak sempat untuk menikmati Ramadhan tahun mendatang. 


Sesungguhnya, ajal maut semuanya Allah tentukan. Kita hanya mampu berdoa semoga diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk menikmati Ramadhan tahun tahun berikutnya. InShaaAllah.



#note: rakan2 client2 yg mengenali, ingin datang beraya di Kedah, sila pm 019.417.4132