Badar Al-Kubra, Antara Kita Dan Mereka

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu“ HR Bukhari

Badar Al-Kubra | 17 Ramadhan genap lebih 1000 tahun ulang tahun peristiwa antara antara yang terpenting dalam sejarah Islam, iaitu perang badar.Perang pertama yang dilalui & dimenangi umat islam yang akhirnya menjadi titik tolak perkembangan dakwah islam itu sendiri.

Sudah banyak kali kita mendengar di radio2, ceramah2, tazkirah2 mengenai kehebatan & hikmah disebalik perang ini. Bahkan ramai yg hebat berbicara menceritakan dgn penuh semangat tentang perang ini. Namun begitu,persoalan utamanya adalah, masih adakah lagi semangat badar dalam umat sekarang.

Kalau dahulu,umat islam itu kerdil lagi kecil bilangannya. Meraka tidak pernah menghadapi apa2 perang sebelum ini. Tidak juga bersedia untuknya. Perang Badar adalah perang yg tidak dirancang, ia berlaku dgn tiba2. Dirawayatkan Nabi Muhammad saw sebelum perang bersujud begitu lama berdoa kepada Allah meminta pertolongan utk mnghadapi perang badar kerana kali ini umat Islam betul2 tidak bersedia.

Hanya Allah & pertolonganNya yang dpt mmberi kemenangan keatas umat islam. Dikala kaum Quraisy mmpunyai kekuatan yg besar 1000, Rasullulah saw hanya dpt mengumpulkn 313 umat Islam (bilangan umat Islam terbesar pernah dikumpul ketika itu).Tapi dengan kekuasaan Allah swt tentera islam berjaya memenangi perang itu. Walaupun bersenjatakan pelepah kurma, walaupun dengan kekuatan hanya 3 ekor kuda.
” Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut ” al-Anfal:9
Umat ketika itu kuat. Kini, umat Islam ramai.1/6 drpd penduduk dunia adalah beragama Islam tetapi apakah yang boleh dibanggakn oleh 1 billion Islam dgn 313 ahli badar jika majoriti Islam masa kini jauh lebih rapuh imannya.

Kini, mereka lebih suka melaungkan slogan2 yahudi daripada slogan2 islam.
Kini, mereka lebih suka mengagungkan teori2/pandangan2 kafir yang jelas bertentangan dengan Islam
Kini, mereka lebih suka bergelak ketawa atas penghinaan yang jelas dilakukan ke atas mereka sendiri

“Adakah Islam sudah rapuh sedangkan aku masih hidup?” begitulah kata-kata khalifah Saidina Abu Bakr as Siddiq…..persoalan ini masih relevan untuk umat sekarang

Ayuh umat islam, kalau umat Islam dahulu telah mencipta kejayaan dan kecemerlangan dalam bulan Ramadan…
#Kejayaan dalam peperangan Badar
#Pembukaan kota Mekah
#Pembukaan Andalus oleh Tariq bin Ziyad
#Kejayaan menentang tentera Tatar pimpinan Sayfuddin Qutuz
#Pembebasan kota al-Quds pimpinan Salehuddin al-Ayyubi
Subhanallah, kalau mereka boleh berjaya mengapa bukan kita?

Kalau dahulu Mush’ab bin Umair adalah orang yg mmbawa panji kebesaran kaum muslimin ketika perang badar,siapakah yang bertanggungjawab mmbawa panji kebesaran muslimin pada zaman kita?

Untuk menegakkan kembali Islam tidak perlu ramai,kerana ramainya orang tetapi kekuatan tidak lebih dari buih-buih lautan juga tidak ada gunanya. Islam memerlukan tentera-tentera ‘badar’ yang mempunyai iman yang kuat walaupun bilangannya sedikit.Kita tidak perlu 100000 orang Islam untuk membuat perarakan ke sana ke mari, tidak juga 10 000 orang utk bersorak melaungkan semangat hanya pada masa tertentu sahaja. Kita hanya perlukan 1 orang sahaja, iaitu diri kita sendiri untuk bangun menyahut seruan ilahi,menyempurnakan tuntutan syahadah, meninggikan syiar islam, disamping menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah islam akan kembali ke tempat asalnya
“Jika ada 20 orang yg sabar antaramu,nescaya mereka akan dpt mengalahkn 200 orang musuh.Dan jika ada 100 org yg sabar di antaramu nescaya mereka akan dpt mengalahkn 1000 drpd orang kafir” al-Anfal:65
#note: Persoalannya bukan dimanakah pemimpin umat zaman ini, Sedarlah. Pemimpin umat masa kini tidak lain tidak bukan adalah diri kita sendiri icon smile Badar Al Kubra,Antara Kita Dan Mereka

Pen Merah Pen Hijau


Pen Merah Pen Hijau, I tulis, You muntah hijau.. 
Pen Merah Pen Hijau | Bila bercakap tentang ini, saya teringat lagi akan satu subjek yang diajar di universiti. Subjek ini membicarakan “adab-adab ” saintis dengan orang awam. Dalam kehidupan seharian, Saintis haruslah mengunakan istilah yang mudah difahami oleh masyarakat awam bila menerangkan sesuatu. Sebagai contoh, bila menerangkan tentang water, mereka tidak boleh menggunakan istilah H2O, sebaliknya water. Kerana mungkin ramai sahaja orang awam yang tidak faham apa itu H2O.
Begitulah juga tugas sebagai seorang daie. Permudahkanlah bila menerangkan. Kita mungkin faham istilah-istilah arab yg sukar. Tetapi masyarakat awam mungkin tidak. Jangan tambahkan lagi kekeliruan mereka. Mana-mana istilah yg sukar kita terangkan dengan bahasa yg mudah. Usah berpuitis sangat. Nanti muntah hijau mereka dibuatnya.
Syeikh Al Bahi Al Khuli dalam tazkiratul duat ‘menempelak’ golongan daie ini dengan satu sinisan yang agak pedas. Katanya
“Jika selepas anda baca tulisan seorang daie itu, anda masih tidak memahami apa yang diperkatakannya, malahan apa yang anda fahami cumalah bahasa-bahasanya yang indah , disamping dia ingin menunjukkan keluasan ideologinya dan kelincahan mata penanya, maka ketahuilah bahawa si penulis itu bertaraf burung kakak tua. Kerana ilmunya tidak dapat membuka pintu hati anda dan menghasilkan kefahaman dalam melakukan pengislahan “
Dush. Satu panahan tepat mengenai pelipis kiri jantung ini.
Patut la you asyik muntah hijau je, tatkala baca tulisan I icon smile Pen Merah Pen Hijau …
#note: teguran ini pertama-tamanya ditujukan tepat buat diri yang menulis. Menulis itu bukannya satu hiburan, bahkan ianya adalah suatu upaya atau pertanggungjawaban untuk merubah masyarakat. InsyaaAllah.
Kalau tak faham baca tulisan saya, sila komen di bawah dan tulis, anda burung kakak tua !
Wallahualam