Alhamdulillah, sesesungguhnya hati dan diri ini tidak sabar-sabar untuk berkongsi cerita dan catatan kehidupan ini bersama teman-teman. Hanya itu sahaja yang mampu ku ucapkan beserta linangan air mata tanda kesyukuran. Lantas terus ku sujud tanda syukur. Betapa sayangnya Allah pada hambaNya untuk terus menyumbang idea menulis catatan hasil pemerhatian disegenap penjuru alam. Walaupun disaat aku hampir putus asa pada masa lalu dan hilang harapan untuk terus berjuang Allah bagi kekuatan dalam sekelip mata. Dan keputusan yang Allah beri ini betul-betul membuatkan aku ingin berusaha lebih bersungguh-sungguh. Kerana aku malu, aku malu untuk meminta-minta pada Allah sedangkan aku jarang sekali untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya tetapi Allah, betapa pengasihnya Engkau..betapa Penyayangnya Engkau, Engkau masih mendengar rintihan hatiku ini. Kini ku kembali pada 2013 untuk memulakan catatan baru.
Sentiasalah bermohon pada Allah supaya diberikan jalan keluar setiap kali menghadapi masalah.Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani.
Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu dan Engkau sahajalah Yang Berkuasa atas segalanya..akanku teruskan perjuanganku dijalanMu ini..dan akan lebih bersemangat dan berusaha lebih gigih..untuk mencapai redhaMu….bantulah aku Ya Allah..kuatkan hatiku dijalan perjuangan ini..ameen…
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka dari Allahlah datangnya” An-Nahl :53