Kad Perubatan




HealthEnrich PREMIER Full Coverage
Faedah :
1. Bilik & penginapan hospital (maks. 365 hari setahun) : RM500/sehari bagi hospital biasa dan RM1,000/sehari bagi hospital terpilih
2. Elaun tunai masuk hospital (maks. 365 hari setahun) : RM300/sehari
3. ICU (maks. 120 hari setahun) : seperti yang dicaj
4. Rawatan dan prosedur pembedahan : seperti yang dicaj
5. Pembedahan harian : seperti yang dicaj
6. Pembantu perubatan khas : RM200/sehari
7. Penjagaan jururawat di rumah : seperti yang dicaj
8. Rawatan sebelum dan selepas masuk hospital (dalam temph 90 hari sebelum dan 90 hari selepas dimasukkan ke hospital) : seperti yang dicaj
9. Rawatan dialisis buah pinggang dan rawatan kanser : seperti yang dicaj
10. Komplikasi kehamilan (bagi wanita) : RM20,000 setahun
11. Rawatan kecemasan akibat kemalangan : RM5,000 setahun
12. Pemindahan organ : RM200,000 seumur hidup
13. Had tahunan keseluruhan : RM200,000
14. Had seumur hidup : RM4,000,000 (20 X ganda had tahunan)
PASTIKAN BIL HOSPITAL ANDA KAMI YANG BAYAR!!

Info lengkap bersama Rakan Takaful Anda,
Mohammad Fadzhil
Call/SMS/Whatsapp : 0194174132
Email : mfadzhil.prudential@gmail.com

We Are Not Campers


Terpana sebentar ketika menyelak helaian muka buku Zero to Hero.

We are not campers, definitely not quitters, but we are climbers!

Sikapnya orang yang suka ber'camping', apabila menjumpai sesuatu yang memuaskan hati, mereka akan berhenti dan ber'camping'. Jika yang cepat mengalah, penat, berliku keputusan yang dibuat adalah berhenti di sini.

Tapi halnya lain dengan si pendaki. Halangan ke ribut, hujan batu, lautan api sekalipun, akan diredahinya juga. Takkan berhenti. Bezanya antara mereka lambat dan cepatya. Kreatif atau tidak. Besar atau kecilnya langkah akan tetapi jauh sekali mengalah. Mereka tergelincir hatta terjatuh atau terperosok masuk ke dalam gaung sekalipun akan mereka naik semula, walaupun dengan kepayahan, dengan rasa malu kerana terjatuh kerana mereka takkan puas. Tak puas lagi tak sampai ke puncak. Tak puas lagi tak nampak sinarnya matahari dan birunya awan.

Itulah hakikatnya tarbiah itu penuh dengan liku-liku kesusahan. Tapi tarbiyyah yang Allah ajarkan, tak pernah mengajarkan kita untuk kalah malah untuk ada sifat 'campers' ataupun 'quitters'. Akan tetapi natijah daripada kesusahan dan kepayahan ini, kita tahu akan ada balasan syurga yang menanti.

Tarbiyyah mengajar kita untuk tidak puas. Tidak puas dengan amal yang sedikit, tidak puas mengejar Dia, melihat keagungan-Nya.

Manja macam mana pun kita, malas macam mana pun kita, letih macam mana pun kita, 'hectic' macam mana pun kita. Tarbiyyah ajar kita mendaki. Lebih dan lebih lagi.

Mendaki dengan penuh ketawadhukkan, keikhlasan, tanpa ada ujub, takbur, riak dan penyakit hati yang memakan diri.
Mendaki dengan penuh berani dengan linangan air mata taubat di malam dan di pagi hari.
Mendaki dengan penuh mujahadah melawan nafsu diri, ketika karpet sejadah memanggil kemari kemari.. Tuhanmu sedang menanti.
Mendaki dengan penuh khusyu’ di hati.
Mendaki dengan penuh kreativiti, laksana nak hidup 1000 tahun lagi ketika ilmu dicari.
Mendaki dengan penuh 'skill' bagaikan harimau yang tak gentar melawan musuh menanti.
Mendaki dengan penuh bijaksana, berstrategi laksana benteng-benteng bangunan yang tersusun kukuh dan rapi
Mendaki dengan penuh kasih sayang,
Dengan penuh toleransi dengan itu dan ini.

Banyak perkaranya, banyak aspeknya, selagimana kita dalam pendakian tarbiyyah. Jadi kenapa ada alasan untuk kita berpaling?

Allah sudah tunjukkan jalan kemenangan, sudah tunjukkan jalan kehidupan yang abadi lagi membahagiakan, bahkan yang abadi.
Jangan merengek tatkala kita jatuh, kerana jika kita jatuh sekali, hatta berkali-kali pun nanti, Allah akan hulurkan kita berjuta-juta tali bantuan dalam sedar ataupun tidak untuk kita naik kembali.

Hanya satu persoalan, mahu atau tidak untuk kita meneruskan pendakian ini?

Aku ingin terus mendaki lagi, mentarbiyyah diri, mengenali sisi yg tersembunyi dalam diri.

Tiga Amalan Yang Sangat Berkualiti


Imam as-Shafie r.a telah berkata bahawa terdapat tiga jenis amalan yang sangat afdhal atau berkualiti untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang mukmin yang sejati. Antaranya ialah:

Bersikap pemurah waktu ada sedikit harta. Yakni kita sanggup bersedekah walaupun kita hanya mempunyai sedikit harta sekalipun sedangkan kita memerlukannya tetapi kita masih sanggup bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan.

Bersikap wara' walaupun bersendirian. Yakni walaupun kita bersendirian di tempat sunyi daripada pandangan manusia, tetapi kita tidak melakukan dosa atau maksiat kerana takutkan Allah s.w.t. Kita mesti takutkan Allah s.w.t seperti kita melihat-Nya dan sekiranya kita tidak melihat-Nya maka Allah s.w.t sentiasa melihat kita di mana kita berada.

- Berkata benar walaupun kepada orang yang kita yang kita takuti atau yang kita sangat mengharapkan sesuatu daripadanya. Berkatalah benar walaupun pahit, bercakap benar di hadapan seorang pemimpin yang zalim merupakan suatu jihad yang tidak dapat dilakukan oleh ulama'-ulama' di zaman moden ini. Ulama' yang menyembunyikan kebenaran akan dibangkitkan nanti seperti seekor syaitan bisu.